10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri
1) Anggaplah diri anda yang diciptakan Allah adalah sama seperti orang lain.
2)Orang lain boleh buat, mengapa anda tidak boleh buat?
3)Baikilah kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda.
4)Jangan takut-takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
5)Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6)Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Jadikan ia sebagai "warm up" dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
7)Anggaplah diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
8)Apabila berinteraksi dengan orang lain, renung tepat pada muka dan mata orang tersebut dan lakukanlah pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
9)Apabila memulakan sesuatu tugasan, jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperoleh selepas tugasan tersebut.
10)Sentiasa peka terhadap waktu. Jangan bertangguh sewaktu melaksanakan sesuatu tugasan.
No comments:
Post a Comment