

Pengetahuan agama perlu diajar di sekolah mengikut kepercayaan pelajar untuk membolehkan mereka memahami sains sebenar, kata saintis Turki Dr Ahmet Oktar Babuna hari ini.
Beliau berkata orang ramai tidak harus diperdaya dengan konsep palsu seperti Darwinisme yang mempromosi atheisme dan mempersenda kajian alam dan manusia.
"Kini masanya agama seperti Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, dan Hindu diajar di sekolah-sekolah untuk memberi pengetahuan sebenar kepada pelajar tentang ciptaan Allah.
"Kita perlu bersatu dalam kajian sains dengan kepercayaan bahawa Allah adalah pencipta segalanya sehingga kita dapat memberikan sumbangan kepada kemanusiaan sejagat dan bukan memecahbelahkan mereka," katanya ketika berucap pada Program Tanda-tanda Kewujudan Pencipta di Universiti Malaysia Sabah di sini.
Menurut Oktar Babuna, teori palsu di bawah Darwinisme, sebuah konsep dikaitkan dengan idea naturalis Inggeris Charles Darwin, menyebabkan munculnya ideologi yang melarang agama di kalangan manusia seperti komunisme dan fasisme.
Beliau berkata ideologi itu, yang diterima pakai dengan begitu popular oleh pemimpin komunis Joseph Stalin di Rusia dan diktator fasis Adolf Hitler di Jerman semasa Perang Dunia 2, merupakan tindakan egoistik yang menyanjungi keganasan dan dasar perkauman.
Babuna Oktar, seorang pakar saraf, berkata idea-idea Darwin menghina ajaran agama dengan mengatakan semua makhluk di bumi berkembang selama bertahun-tahun dari binatang yang jelas salah.
"Hari ini, sains telah menemui lebih daripada 350 juta fosil dari berjuta-juta tahun dan apa yang wujud ketika itu masih wujud dalam bentuk yang sama sekarang jika ia tidak pupus," katanya. Beliau juga berkata kajian sains adalah cara untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan mengukuhkan iman seseorang.
No comments:
Post a Comment